Thursday, July 9, 2009

PERTUBUHAN FAST FOOD CORNER (2FC) SDN BHD


Fast Food Corner(2FC) Sdn Bhd merupakan syarikat di bawah pertubuhan Siswa Bistari yang bernaung hasil usahasama Universiti Teknologi MARA Segamat Johor bersama Johor Corporation (JCORP)

2FC di daftarkan dalam akta syarikat yang jelas menunjukkan bahawa kami selaku mahasiswa di Universiti Teknologi MARA Segamat Johor boleh beroperasi serta merta berdasarkan perjanjian yang telah di tetapkan oleh pihak Universiti bersama JCORP.

Menjelang tahun 2009 pentadbiran 2FC telah di pimpin oleh Saudara Mohammad Noor Afiq Bin Mohamad Isnan sebagai Chief Excecutive Officer (CEO) Fast Food Corner (2FC) Sdn Bhd dengan rasminya. Pelbagai cara yang di lakukan bagi meningkatkan produktiviti syarikat dengan agresifnya.

Syarikat telah berjaya menghasilkan jualan yang memberangsangkan sehingga mampu bersaing seiring dengan misi dan visi universiti dan juga saranan kerajaan dalam meningkatkan populasi keusahawanan di kalangan mahasiswa.

Hasil gabungan idea yang cukup bernas dan realistik, 2FC Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan pelbagai menu yang menarik perhatian pengguna dan juga persaing di dalam kampus, antara menu yang menyumbang kepada peningkatan jualan 2FC ialah.....

Transformasi logo-logo 2fc dari awal penubuhan sehingga kini.....